Yuhuuu..salam uolls...wah kali nie dah start gear laju sikit...hehe..semangat2 niehh..
Kali ni Azue nak bawak uolls ke satu restoran yang menyediakan masakan khas Cina Muslim iaitu
Hj Sharin Low Seafood Restaurant.
Actually restoran ni agak famous tau dengan masakannya yang sedap.
Boleh dikatakan Hj Sharin Low Seafood Restaurant ni antara restoran yang selalu menjadi pilihan penggemar masakan Cina Muslim.
Azue banyak kali dtg sini..memang Restoran Chinese Muslim yg terbaek dan tersedap
wallaa banyak2 cawangan Azue paling suker yg dkt atas Bukit antarabangsa niehh
piccas credit to yana yassin
Jom Intai2 apa ader dlm menu niehh....pelbagai hidangan set untuk pilhan lauk pauk
ayam juga daripada sayur, makanan laut dan juga daging.
Cawangan Bukit Antarabangsa adalah cawangan pertama di buka pada tahun 2009.
Jadi memang kat sini makanan di jaga kebersihan dan kesedapannya.
Jadi memang kat sini makanan di jaga kebersihan dan kesedapannya.
Air Kedondong Asam Boi memang antara air yg paling popular kat sini
raser agak2 kelat..manis...masam dan masin bersatu tu diaaa...hehehe
yang nie Azue pilih lauk Tahu Mukmin Goreng
Udang Butter di hias dalam mangkuk mee hun lagiii -
Walllaaa ini menu pertama yang masuk ke dalam pinggan Azue.
Dengar je Udang butter memangah tak sabar-sabar dah nak rasa.
Best, rangup! Rasanya pun sedap bagi penggemar udang macam aku ni.
Don't worry udang yang dorang guna memang fresh.
Harga : Small RM19, Medium RM28, Large RM50
Ketam Masak Telur Masin -
Seriously yang ni paaaaling Azue suka. ketam ni, sedap sangat.
Seriously yang ni paaaaling Azue suka. ketam ni, sedap sangat.
memang rasa nak gigit2 jerk kulit dier... Rasanya tak terlalu masin dan tak terlalu berminyak.
Isi ketam tu lembut sangat, kalau x suka ketam uolls orderlah udang...sedappp i tell u..
Harga : Small RM50, Medium RM75, Large RM100
Ini adalah Chicken Champion berasal dari nama Chicken Champagne.
Chef menggunakan jus 'Jus Sparkling' berkilauan (tanpa alkohol) untuk membuat hidangan ini.
Rasa hidangan ini agak istimewa dan lazat. raser agak2 manis memang terbaekkk
Buah-buahan yang mengelilingi hidangan kelihatan begitu menarik dan cantik
Shark fin with crab meat sup mmg sedap...
kt sini mmg terase manisnyer...dan pekatnyerrr...
Sup daging sirip ikan yu di sini terbaik berbanding dengan
restoran Cina Muslim yang lain
apa lagi jom kiter makan yeeehaaa
Chef diorg baik hati passkan agar2 nie as desert utk kitorg..memang terbaekk laaa
Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam.
Korang juga boleh booking untuk buat function atau majlis private di restoran ini
mampu memuatkan ramai juga tetamu. Selamat menjamu selera semua ok..
Memang Restoran nie antara yg terbaekk kalau nak rasa masakan Cina Muslim,
sila try kat Hj Sharin Low Restaurant ni sebab confirm korang puashati.
Masakannya memang best.fresh..sedap apa lagi mauu hehehe...
Untuk info lebih lanjut tentang restoran Hj Sharin Low ni,
korang boleh tengok dekat facebook page.
Facebook : https://www.facebook.com/HjSharinLow
Twitter : https://twitter.com/HjSharinLow
Email : hjsharinlowseafood@gmail.com
Hj Sharin Low Seafood Restaurant
No 1 & 3, Lorong Wangsa 5A,
Bukit Antarabangsa, 68000
Ampang, Selangor
Tel : 03-41066678
No comments:
Post a Comment