Restoran Nyonya Valley ini terletak di Cyberview Garden, Cyberjaya.
Restoran nie merupakan antara restoran yang menyajikan hidangan asli keturunan
Baba dan Nyonya dengan turut menawarkan masakan India (mamak)
dan selatan Thailand.
Tentunya menu yang ditawarkan di restoran eksklusif itu mempunyai
sedikit kelainan berbanding dengan masakan Baba dan Nyonya di Melaka.
Kalau anda suka kan suasana yg damai , tenang , restoran ini memang pilihan yg terbaik.
Jika pada waktu hari bekerja , restoran ini memang peak pada waktu makan tengah hari .
sekitar pukul 12.30 tgh - 2.30 ptg... keadaan makin tenang selepas waktu lunch.
Selalunya Azue akan dtg makan di sini pada sebelah petang dan juga waktu hujung minggu..
Best sangat lepak dan makan2 di sini.. ader kolam mandi..ada juga padang permainan
untuk anak2 bermain... ada surau dan juga tandas..
Makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi baba nyonya atau peranakan.
Personally Azue rasa makanan yang dihidangkan sedap dan menepati citarasa Azue.
Ada pedas, manis, masam .... semua cukuplah memang terbaik..
Kami pilih Crispy Noodles yg rasanya sangat best.. Big Portion
bagi kami yg perut kecik nie memang x habes...penuh dgn seafood dlm dier
harganya RM13.90
Yang nie pula Fish BeeHoon Sup pun best juga..ader raser santan dan juga halia dengan
kepingan ikan dowry di dalamnya...harga dalam RM11.90 mcm tu..
ABC dier pun sedap x kedekut bahan2
Speciality diorg adalah air soya bean gula melaka...
memang Azue suka sgt air nie...sedap sgt2..
Lauk2 yg kami pilih adalah Nyonya Manggo Chicken
Sedap jugak Ayam yg bersoskan Thai dan juga kerabu Mangga...
Lauk yg cukup rasa masam...manis...pedas...crispy
Harga untuk hidangan Nyonya Manggo Chicken ini adalah
RM19.90 sesuai untuk 3-4 org makan
Kalau uolls sukerkan tahu..patut cuber masakan Deep Fried To Fu
nie.. satu kombinasi yg cukup istimewa...gorengan telur dan juga to fu...
rasanya yg unik memberikan anda kepuasan..dari segi rasanya
yg manis..masam...rasa seperti tahu bakar tapi yg ini di goreng garing...
Harganya RM16.90 satu hidangan
Kami juga memilih Sweet Sour Fish Fillet nie untuk tmbahan
menu...antara menu wajib biler kami dtg makan di sini...
Harga untuk hidangan Sweet Sour Fish ini adalah
RM21.90 sesuai untuk 3-4 org makan
Alhamdulillah kami sangat2 kekenyangan makan di sini... memang kalau makan
confirm x abes lauk2nya...so apa lagi tapau laa kiter kann...jgn membazir...sambung makan
malam pulak kann...hehehe...
Untuk tempahan, boleh call restoran ini di no telefon 03-8320 2728. Boleh lawati
Boleh buat tempahan awal, survey dulu menu yang disediakan dan boleh kemukakan pertanyaan berhubung harga yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment