Friday, October 23, 2015

DAYTRIP TO PULAU PERHENTIAN - BESUT - TERENGGANU

Yuhuu guys jom Azue bawak uolls pusing2 di Pulau Perhentian nak...
Actually Pulau Perhentian nie dekat jer dengan kampung belah suami Azue..
Tapi x pernahnya dia nak bawak Azue dtg melepak kat sini..

Dia kata Pulau Perhentian nie panas...so sebab Azue nak jugak pergi so dier bawak jugak ler..
kebetulan ada sepupu Cik Abe tu kat sana...so bab tu senang ler sikit..
kitorg amek pakej daytrip tau sebab pakej diorg asyiklaaa fully booked jerkk....huhuhu

Jomm kiter ke Pulau Perhentian yg terdiri daripada dua buah pulau utama iaitu 
Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. 


Untuk ke sana kena menaiki bot laju di Jeti Pengkalan Kuala Besut. Tambang Boat biasanya
diorg ambil RM60.00 pegi dan balik utk 1 org...kalau ramai maybe dpt
murah skett kot kannn

Pulau Perhentian terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeri Terengganu, 
sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.







Pulau Perhentian Besar yang dikatakan menjadi tarikan pelancong kerana keindahan persekitaran, kejernihan air serta mempunyai dasar laut yang pantai dengan batu karang yang sangat menarik.


Perjalanan bot dari Kuala Besut kekira 45 minit. Bentuk botnya kecik aje, 
hanya berbumbung dan terbuka tanpa dinding serta boleh memuatkan kekira 10-16 orang.

 Walaupun dibekalkan dengan live jacket, namun rasa kurang selesa, 
khususnya apabila melanggar ombak. 
Terasa tehentak-hentak macam naik kereta melanggar bonggol. 
Tapi boatnya laju tau...Speed  Boat ler katakan hehehehe...
so kalau nak pakai topi besor ala2 Che Ta tu  better tunggu sampai daratan jerk..hehehe




Teruja melihatkan pemandangan sekitar yang indah ketika boat kami 
menghampiri jeti kecik untuk berlabuh, 
disertai dengan air yang jernih.walla memang best..pasir putih dier haluss sangat




Fauna Beach resort terletak di Teluk Dalam, di selatan Perhentian Besar. 
Perjalanan dari jeti Kuala Besut tempoh 45 minit di dalam bot laju.

Secara keseluruhan, Fauna Beach Chalet menawarkan jenis yang paling asas bagi penginapan, 
hanya ada beberapa unit khas yang dilengkapi dengan penghawa dingin. 

nak booking klikk di sini untuk pakej2 diorg >>>>> Fauna Chalet.





Sampai sana kami bertemu dengan orang yang mengurusakan perjalanan kami seterusnya.
  Pakej kami ialah ‘day trip’, maknanya pergi pagi, balik petang 
tapi di sebabkan kitorg ada saudara di sana so dptlah 1 bilik untuk rehat2kan diri..
nak solat ker nak mandi ker atau nak tidor pun boleh...hahhahaa...






terasa nyaman betul lepak bawah pokok nie sambil menyaksikan ombak di persisiran pantai
tapi cuaca agak panas ler time niehh...seb baek ada pokok...nak mandi x ler ler
takut terbakor...hehhee



Ader juga di sediakan cafe kat sini kalau uolls nak makan ala carte pun ada..
nak booking pakej makan kat sini pun boleh



"lata air berani" best kot...nk tahu nape org pggil tmpat ni lata air berani sbb..
cni salah satunya tmpat yang ada air bukit yang berani and sejuk...
sejuk daripada air sungai...mmg terbaik lah,so tmpat nie



so ramai yg singgah sini nak bilas2 badan yg melekit2 
sebab mandi air laut yg masin tu kann...
Airnya dikatakan keluar dari tanah ditengah-tengah pulau. 
Keajaiban ciptaan Allah, air tawar keluar di tengah-tengah air laut yang masin.


Pada Musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober hingga Januari, 
aktiviti pelancongan Pulau Perhentian nie ditutup tau..

So kalau uolls nak ke Pulau Perhentian kena booking awal2..
dekat sini memang selalu full house contact diorg terus yerkkk

So  Azue suggestkan uolls amek
pakej Daytrip mcm Azue...so uolls boleh pilih pakej2 day trip nie nanti..
Pakej termasuk Tambang Boat...Snorkeling boleh juga pilih pakej makan  untuk
makan tengahari sekali...

Penginapan pun agak mahal ler...
better uolls amek homestay area Jerteh atau Kuala besut
dan pagi2 masuk pulau...boat paling awal pukul 7.00 pagi..
terus pergi snorkeling...lunch time rehat sekejap
diorg ader sediakan bilik mandi dan cafe utk lunch...

ataupun uolls boleh bawak khemah
dan berpiknik di sana...lepas tu sambung balik acara snorkeling...
kemudian so balik ke darat lebih kurang jam 4 petang...

Apa pun terpulang kepada uolls laa...kann...
depends laaa pada uolls..


Homestay di Jerteh klikk di sini >>>>>> atzhomestay.blogspot.my



No comments:

Post a Comment

iklan2

Touch N Go