Thursday, January 19, 2017

JJCM - BAWAL POWER SEMPOI CYBERJAYA - LUNCH TIME



Yuhuuuu hari ni Ahkak nak share satu lagi tempat makan yang best giler
haaa tempat makan yang Ahkak maksudkan ni adalah Gerai Bawal Power Sempoi 
yang terletak di Sport Arena, Cyberjaya...

Bukan sahaja jual ikan Bawal tau, tapi ada macam-macam makanan lain lagi...
dan paling win adalah sotong dia laaa...besar wei...
tak liat ...sedap!selain sotong dan bawal,
 ada juga ikan keli goreng berempah
sangat garing..krup krap..krup krap makan ..

Semua dijual dalam bentuk set sekali dengan nasi, 
kuah kari bendi, sambal kicap, 
sambal belacan dan pelbagai jenis ulaman seperti salad, timun,
 kacang panjang dan ulam raja...pilih je la nak yang mana..
free flow ulam laa katakan..

Harga sangatlah berpatutan...
untuk ikan bawal satu set RM10.00 manakala sotong tu RM12.00
berbaloi wei sebab besar portion dia...memang puas hati..


yang nie sotong bakar..nanti nk try jugak laaa


Sotong Goreng berempah diorg memang sedap..
besar2 wo... mengah juga nak abeskan sotong sepinggan tu sensorang...

lauk-lauk ni di hidang panas-panas ,
 lepas digoreng tu diorang siram dengan kicap...
sotong sedap, ikan bawal sedap, ikan keli sedap..
sambal sedap, kari sedap...semua sedap laa katakan



ada ikan keli, ikan siakap dan ikan talapia goreng...
yang di bakar pun ader... 
datang sekali  plak ngan air asam, sambal belacan n kicap cili....
serta ulam ulaman....








Set Ikan keli  
RM7.00 - RM8.00








Set Ikan Siakap  
RM 15.00







Set Ikan Bawal  RM10.00






Set Sotong Goreng Berempah
  RM 12.00 - RM13.00





check laa video dari warong hunter nie..
rasa lapor pulak..huhuhu





Kalau uolls nak makan tengah hari..
singgah laa kat Bawal Sempoi nie...
bukan senang nak jumpa harga murah cenggini...hehehe!

Kalau ada perbezaan harga lebih kurang tu
maafkan ahkak yer...sebab maybe ada kenaikan harga
ker sebab2 hal2 yg x dpt nak di elakkan...

so apa lagi korang, silaaaa la terjah!
ehhh tapi tempat ni buka masa lunch hour hari kerja je tau!
weekend hari sabtu diorg bukak lunch time...
waktu dinner jangan pergi pulak yer!

dekat FB uolls bleh tengok laa dulu..samada diorang
bukak atau x pada hari2 wekend tu...diorg akan updet
di FB diorg...follow jgn x follow yer

Dalam Sports Arena ni..parking dia kena bayar tau..
ada mesin bayar parking kt kawasan tu..jgn lupa bayar pulak sebelum keluar..


2 comments:

  1. teringatingat makan kat sini masa bercuti di Dashbox cyberjaya..bila la lagi ciku nak g makan sotong rempah ni.hihi..
    Jemput ke blog ciku na
    https://tanggadomino.blogspot.my/

    ReplyDelete

iklan2

Touch N Go