Friday, January 30, 2015

JJCM 2015 - LANGKAWI - PART 5 - BERAS TERBAKAR , MAKAM MAHSURI, PANTAI PASIR HITAM





Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Padang Matsirat.




Kat sini semua harga sama jerk..samada key chain ..t-shirt..
memang murah2...kitorg banyak borong t shirt Langkawi kat sini..
RM5.00 pun boleh dapat kalau yg kaler putih tu..



carian google


Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Lepas tu kami ke Makam Mahsuri beli Bam Gamat yg kaler hitam tu..
banyak tempat kitorg pusing carik yg kaler hitam.. sebab yg hitam tu mmg best sgt 
kalau sakit perut ker lenguh2 ker alhmdulillah serasingan kitorg..

kali niekitorg x masuk dlm sebab pernah masuk dah sebelum nie..
just beli minyak panasn bab gamat jerk...sebab bam tu rm2 sebotol
ygminyak panas n minyak urut pulak 3 botol rm10.00

luper nak amek gmbar kedai...x silap hujung sekali belah kiri...makcik tu jual murah2





Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi, Kedah, Malaysia.Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.



Seterusnya kami ke pantai Pasir Hitam n lepak2 makan2 minum2 kat sini...
ader jugak jual t shirt n keychain kat sini tapi semuanya sama harga..
so x memborong ler kat sini


Azue makan passembor n mee gulung kat sini



Tengah syok2 makanlalat pulak dtg...adusss potong stim betul..
maybe sebab mee nie masak dgn sotong so bau dier mmg
mengancam perut sang lalat2 tu...



Berkenan sgt ngan topi nie..beli kat Pantai Cenang Rm20.00 hengget jerk
murah kann...sebab Azue suke rdesign topi nie ... so sweet
mcm Che Ta plak rasernya...muahaha....ya ampunnn tolonglahhh
pengsan terusss CheTa baca blog nie....ader hati katanya..ngeh..ngeh2



Lepas tu kitorg singgah sini jap nengok yatch tu..sambil berangan2 
adakah dpt park sebijik kat sini nanti hahahaha..penat dah jalan hari nie..
jom balik..




 Kepala dah start pusing2 dah nie...makan apa pun x tau ler
Azue nie bukan boleh salah makan..muler lahhh 
perut meragam..kepala meragam...masuk angin rasernya..

Singgah jerk kat kedai nie kiter tapau jerk bawak balik
sebab igt malam tu nak tgk AJL..lepas tu nak pusing2 Pantai Cenang







Kitorang Tapau
 Nasi Goreng AKI'S
Nasi Goreng Cina ..Nasi Ayam Kunyet
Nasi Lemak Special dan Telur Bungkus
Murah jugak kat kedai nie x silap rm28 hengget jerk

Padan ler malam sebelum tu nmpak penuh giler org
kat kedai nie...sebab kat area Pantai Cenang tu
Kompom ramai org..kitorg nyer style xlarat nak tunggu lama2 
nak makan...bior ler deme2 kata sedap...kang air dah separuh gelas nasik x sampai2
jagi spoil mood nanti kannn ... kat sini nak mkn lps maghrib cpt2
skett...x pun makan sebelum maghrib...baru santai...

Lepas masuk bilik mandi manda semua..makan2...
masing2 kemas baju..esok nak balik dah...sambil layan AJL
lepas tu sekerat jalan ketidoran semua...hahahhaa..

AJL ntah kemana Pantai Cenang pun ntah kemana...
belayar naik yatch masing2 kot hahahaa...

oklah sambung ke entry seterusnya...misi balik ke KL..




No comments:

Post a Comment

iklan2

Touch N Go