iklan2

Thursday, October 6, 2016

JJCM - TELUK INTAN - MENARA CONDONG -

Salam mesra buat semua..ahkak kembali lagi..yeaa..yeaa...
nak citer pasal JJCM Teluk Intan pulak nak.
Sebelum tu nak story skett laa tentang Kisah Bandar Teluk Intan nie

Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, 
pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda
bandar Teluk Intan ini.




Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi
 dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya 
berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu
 waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. 

Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah 
laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.
  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya,
 Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah 
berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong 
adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah
 yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki 
yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali.
 Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter 
dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  
berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.
nak tahu lagi details ttg menara condong nie boleh tengok entry 


Pada belah malam....best jugak round2 Teluk Intan
Best tengok lampu di menara condong bertukar2 color...
gigihlaa kitorg lepak siang dan malam nak tengok lampu2
tu bertukar kaler..memang happening

Lepas tu Kitorg carik makan di Medan Selera Menara Condong
Atau lebih dikenali sebagai Bumbung Biru
Lokasi berhadapan dgn Menara Condong Teluk Intan 
Orang kata, makanan yg di jual di Bumbung Biru ni murah dan sedap2

credit to owner piccas
Medan Selera Menara Condong




kedai pertama kitorg usha kedai Gad0 - gado Maiden nie


credit to owner piccas

Gado-Gado nie sebenarnya " Cucur Udang laa.."
Gado-Gado ini memang menjadi tumpuan warga Teluk Intan 
yang gemarkan Gado-Gado yang sedap dan enak rasanya...
Harga pun amat berpatutan

Gado-Gado Maiden ini telah beroperasi lebih 30 tahun lamanya 
dan menjadi lagenda Gado-Gado di Teluk Intan...
Lokasinya ialah bersebelahan dengan Sate Wak Teni
(Medan Selera hadapan Menara condong)



Seterusnya Kitorg try Majid Ismail Popia nie pulak


Famous ever popia in teluk intan
rasa memang sedap...crunchy sangat


Popia goreng yang best!!!
-sedap wei!!!


kitorang tapau jerk bawak balik makan dekat hotel
yg popia basah tu dah abes pulak time tu..
memang puas hati jgnluper tapau popia nie sekali tau..tau




credit to owner piccas

Lepas tu kiter tapau pulak Satay Wak Teni nie..
Inilah diantara Satay yang terkenal di Teluk Intan, 

Satay Wak Teni namanya....
Rasa Sataynya memang sedap dan kuah sate nya yang enak...
Memang layan satay dier...sebab makan time panas2 kann...
baik2 tau makan satay nie..jgn sampai melecur pulak hehehe..



Esoknya kitorg nak ler makan Mee Rebus Mastan Ghani tu..
tapi kedai dier x bukak pulak...
Kitorg carik Mee Rebus dan Cendol di Gulam Rasul Nasi Kandar
Cendol dier memang sedap laaa..memang layan laa tgh2 panas nie
makan cendol kann...



Kitorg order laa mee rebus kat sini...tapi kuah dier pedas skett laaa
maybe ahkak lagi suker mee rebus dari johor...sebab ader manis2 skett
kat sini mee rebus dier biasa2 laa...mcm mee rebus katkedai mamak yg lain



xder laa nak kata sedap sangat...tapi tekak kita x sama kan..
yg suka pedas mesti suker...bleh try laa singgah makan kat sini

credit to owner piccas

Selain daripada mee rebus,
 Gulam Rasul nie kira Gerai Nasi Kandar laa.
macam-macam menu lain yang ada

Ada Nasi Kandar, Rojak,Mee rojak dan laksa. 
Semuanya memang sedap -sedap..kalau suka pedas2 tu
boleh laa singgah makan kat sini..



boleh intai2 laa kat sini...sebab parking pun luas..
gerai pun paling besar kat sana kot...mcm2 menu ada...
singgah jangan x singgah yerkkk




4 comments:

  1. Assalam Azue, sis M was here :-)

    ReplyDelete
  2. Ritu mkn kat kedai mkn bumbung biru ni gak tp mkn shell out sedap gak

    ReplyDelete
  3. Cantik kan menara ni klau pegi waktu mlm bertukar2 lampu

    ReplyDelete
  4. wahh JM dah ader shell out yer kat sana...wallaaa kena try nanti kalau pergi ke sana lagiii

    ReplyDelete

Touch N Go