Click On Me

Thursday, October 21, 2010

Isteri yg Sedang Merajuk


Kata pujangga, perempuan bagaikan angin ,
lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu , menyaji kasih,
menghidang sayang, Adakalanya mereka seperti anak,
ingin dibelai,minta dimanjakan ,Adakalanya mereka
seperti nenek, berleter seadanya,
merungut semahuannya.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk ,
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya,
teliti dengan hati yang terseni , rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu,

Jangan cuba dihadapkan secara rasional,
kerana sidia tak akan terdaya, mengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab , lengkap dengan
perangkaan statistik, atau dokumen saintifik , berserta dengan
beberapa affidavit , dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini, fikiran telah ditawan perasaan ,
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa,
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Namun, putus asa jangan sekali, terimalah dia, dengan redha,
justeru isteri , pada hakikatnya , adalah bayang-bayang suami ,.
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok ,
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan ,
berkeras ,lembut tapi jangan reput...

petikan dari :
www.scribd.com/doc/.../MADAH-ISTERI-MERAJUK

6 comments:

sayangsayangibu said...

terimalah seadanya
pujuklah seperti mana yg sepatutnya
kan?

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

jgn merajuk2 kak...

kak ina kl said...

orang memang kalau tak merajuk tak sah kan..sabar ajerlah.

nak ker idak kukis ni ek.

ieda said...

uish .. ko merajuk ker zue .. alooor nanti aku pujuk .. tunggu ko dtg sini ehhhhh :))

♥Azie♥ said...

ala akak mai azie pujuk...

KSWSK said...

kang ada la tu dpt habuan hasil dr majuk...heheheheh